Sunday, 09/08/2020


Melaka mula kempen Liga Perdana dengan bergaya

Published on January 11, 2010 by   ·   No Comments

MELAKA memulakan kempen Liga Perdana musim 2010 dengan bergaya apabila menundukkan Shahzan Muda 3-0 pada perlawanan di Stadium Hang Tuah, Melaka pada hari Isnin.

Penyerang Zulindra Shah Putra Adam menjaringkan dua gol, meledakkan gol pertama pada minit ke-35 dan jaringan kedua peribadinya, enam minit sebelum tamat perlawanan.

K Depan Sakwati menjaringkan gol kedua Melaka pada minit ke-77.

Melaka yang dikemudi oleh pemain muda musim ini dengan dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun, banyak mencipta peluang jaringan gol dan boleh mencipta kemenangan lebih besar sekiranya mempunyai penyudah lebih tajam.

Di PULAU PINANG, Universiti Sains Malaysia (USM) FC yang merupakan pasukan bola sepak pertama dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyertai Liga Perdana bermula dengan langkah kanan selepas menewaskan Pos Malaysia 1-0 pada perlawanan di Stadium USM.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan melalui tandukan Mohamad Baser Mohamad Napae pada minit ke-84 selepas kedua-dua pasukan gagal mencari jaringan awal.

Di KUCHING, Sarawak di bawah bimbingan jurulatih baru Mohamad Zaki hanya mampu seri tanpa jaringan 0-0 dengan PDRM dalam perlawanan di Stadium Sarawak.

Walaupun pasukan tuan rumah menguasai perlawanan pada babak pertama dan kedua namun gagal untuk mendapatkan sebarang gol.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat keputusan seri 1-1 dengan skuad Harimau Muda.

ATM terlebih dahulu membuka jaringan menerusi V.Saravanan pada minit ke-78 sebelum Md Khairul Izuan menyamakan kedudukan pada minit ke-86.

Di KOTA KINABALU, Sabah dan KL Felda United FC, masing-masing mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Likas.

Di Stadium Larkin, Selangor PKNS menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 2-0.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News