Saturday, 18/01/2020


Melaka 0-4 Felda United

Published on May 18, 2010 by   ·   No Comments

PENDAHULU Liga Perdana, Felda United mengukuhkan kedudukan tangga teratas apabila mencatat kemenangan besar dengan menumpaskan Melaka 4-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam tadi. (LIHAT VIDEO)

Penjaring terbanyak Felda, Fatrurazi Rozi meledakkan gol pada minit ke-17 dengan Norismae Idham menambah jaringan kedua pada minit ke-45, diikuti gol ketiga Saufi Ibrahim pada minit ke-77 sebelum Khairul Izwan Khalid melengkapkan pesta gol lima minit sebelum tamat.

Kedudukan tempat ketiga menjadi milik Selangor PKNS apabila berjaya menumpaskan USM 3-0 di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

Dengan kemenangan itu Selangor PKNS kini berjaya merampas tempat yang sebelum ini menjadi milik ATM dengan 33 mata.

Harimau Muda pula mencatat kemenangan besar 4-1 apabila berjaya membelasah Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching.

Gol-gol Harimau Muda dijaringkan oleh Mohd Ferris Daniel pada minit ke-31 dan ke-68, Mohd Amer Saidin (minit ke-45) dan Mohd Fandi Othman (minit ke-48).

Di Stadium Sarawak di Kuching, tuan rumah disentak 4-1 oleh Harimau Muda manakala Polis meraih kemenangan dramatik 5-4 ke atas Pos Malaysia di Stadium Selayang.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News