Tuesday, 27/06/2017


Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

Published on November 27, 2010 by   ·   No Comments

Liga Super 2011MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam.

Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 pasukan bagi saingan Liga Perdana.

Dua pasukan Liga Super 2010, Johor dan Pulau Pinang tersingkir ke saingan Liga Perdana manakala Sabah dan Felda United bersaing dalam Liga Super.

Turut bersaing dalam kancah Liga Super musim depan ialah skuad Harimau Muda A selepas KL Plus menarik diri dari bagi saingan musim 2011.

Kesemua pasukan yang akan bertanding dalam liga itu akan dipastikan oleh FAM bebas dari semua hutang dan mendapat pelepasan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO

Liga Super merupakan liga elit Malaysia menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 bagi juara, naib juara RM300,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Sebanyak 11 pasukan dari Liga Super musim ini iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC, Kedah, Negeri Sembilan, T-Team, Pahang, Kuala Lumpur, Perak dan Perlis kekal bersaing dalam Liga Super musim depan, dan dua lagi ialah Felda United dan Sabah yang masing-masing merupakan juara dan naib juara Liga Perdana.

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News