Wednesday, 05/08/2020


Liga Malaysia 2010 buka tirai 9 Januari

Published on January 7, 2010 by   ·   No Comments

LIGA Malaysia bagi musim 2010 akan bermula pada hari Sabtu, 9 Januari 2010 dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dengan pemenang Piala FA, Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai pembuka tirai saingan.

Pada hari yang sama juga enam perlawanan lain bagi Liga Super turut bermula.

Manakala bagi saingan Liga Perdana pula, aksi pembukaan adalah pada hari Isnin, 11 Januari 2010.

Sementara itu, saingan Piala FA dijadualkan bermula 2 Februari 2010 dengan finalis 2009, Selangor dan Kelantan masing-masing mendapat bye di pusingan pertama. (Klik di sini untuk undian Piala FA 2010)

Final Piala FA dijadualkan pada 10 April 2010.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News