Sunday, 23/09/2018


Harimau Muda seri lagi

Published on January 16, 2010 by   ·   No Comments

HARIMAU Muda menyelamatkan diri buat kali kedua berturut-turut musim ini apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Majlis Perbandaran Muar dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Tuah, Melaka malam tadi.

Skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2, gol Haziq Zikri Elias dan Mohd Amer Saidin selepas itu membolehkan Harimau Muda mencatat keputusan seri 2-2 di gelanggang sendiri.

Bekas penyerang Pulau Pinang, Rosli Azizan kelihatan mahu mengaibkan skuad Harimau Muda dengan dua gol pada minit ke-25 dan 52, namun barisan Ong Kim Swee berjaya menyamakan kedudukan menerusi Haziq Zikri Elias pada minit ke-80 dan Amir Saidin tiga minit kemudian.

Ia adalah keputusan seri kedua buat Harimau Muda dalam kempen Liga Perdana ini selepas mengikat Tentera 1-1, juga terpaksa bangkit daripada ketinggalan.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, tuan rumah Shahzan Muda turut bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Tentera 1-1.

Tentera mendahului pada minit ke-15 menerusi penyerang baru, V Saravanan namun Shahzan menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Supian Heri, enam minit sebelum rehat.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News