Tuesday, 27/06/2017


Felda United terajui Liga Perdana, ATM belasah MP Muar

Published on January 18, 2010 by   ·   No Comments

FELDA United naik ke tangga teratas carta Liga Perdana selepas menewaskan USM FC 4-1 dalam aksi malam ini, manakala Selangor PKNS jatuh ke tangga kedua menerusi perbezaan gol selepas diikat 1-1 oleh tuan rumah, Sarawak di Kuching.

Di Stadium Olahraga USM, Fatrurazi Rozi menjadi wira Felda United apabila menjaringkan hatrik untuk mengukuhkan kedudukan sebelum Chow Chee Weng mengesahkan kemenangan minit ke-82.

Gol-gol jaringan Fatrurazi hadir pada minit ke-3, 12 dan 49.

Gol sagu hati USM pula hasil jaringan Mohamad Baser Mahamed Napae minit 28.

Ia adalah kekalahan sulung buat pasukan kelab dari IPTA pertama yang menyertai saingan Liga Perdana itu selepas tiga perlawanan.

USM FC menewaskan Pos Malaysia 1-0 pada aksi pembukaan Liga Perdana, 11 Januari lalu sebelum seri tanpa jaringan dengan PDRM pada perlawanan kedua, Jumaat lalu.

Felda United pula masih kekal dengan rekod tanpa kalah dan muncul pasukan yang memegang rekod jaringan terbanyak Liga Perdana dengan lapan gol setakat ini.

ATM turut menang bergaya apabila mengatasi Majlis Perbandaran Muar 4-0 di tempat lawan, sementara Pos Malaysia mengecewakan Shahzan Muda 3-1.

Bagi Shahzan Muda ia adalah kekalahan kedua mereka dalam aksi Liga Perdana sejak perlawanan pembukaan minggu lalu.

Sabah pula tewas di tempat sendiri 2-3 kepada Harimau Muda.

Pada satu lagi perlawanan yang berlangsung petang tadi Melaka diikat 2-2 di tempat sendiri oleh PDRM.

KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH




coded by nessus

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News