Wednesday, 28/06/2017


Felda United sedia gempur ATM

Published on April 16, 2010 by   ·   No Comments

FELDA United kini bersedia untuk mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana apabila menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Aksi Liga Perdana dan Liga Super disambung semula setelah berehat sejak sebulan lalu bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA.

“Pemain kita telah bersedia dan tidak sabar untuk menyambung kembali aksi dalam saingan liga menghadapi ATM yang dianggap antara pencabar utama Liga Perdana, kata penolong pengurus pasukan ATM, Faisal Zakariah.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, Felda United mengadakan empat perlawanan persahabatan bagi mengekalkan prestasi serta program motivasi untuk memperkuatkan mental pemain.

“Kita mencatat satu kemenangan menentang Perak (1-0) dan tiga keputusan seri menentang Sime Darby FC (2-2), T-Team (1-1) dan KL Plus (0-0),” katanya.

ATM kini mendahului kedudukan carta Liga Perdana dengan 25 mata daripada sembilan perlawanan, tiga mata mengatasi pasukan tangga kedua, Selangor PKNS.

Barisan kendalian E Elavarasan itu muncul satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam saingan Liga Perdana setakat ini dengan mencatat lapan kemenangan dan sekali seri.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News