Felda United selesa dahului Liga Perdana

March 13th 2010 | Posted by admin


FELDA United mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Perdana selepas menumpaskan pencabar terdekat PKNS, 1-0 di tempat lawan, malam tadi.

Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), PKNS dikejutkan oleh jaringan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-28. Kedudukan itu meletakkan Felda semakin selesa di kemuncak liga dengan 22 mata, tiga mata mengatasi PKNS.

Di Stadium Likas, Sabah mengambil kesempatan kelebihan aksi di gelanggang sendiri, dengan menundukkan pasukan tercorot, USM FC 2-0.

Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama. Mohd Farid Idris meletakkan tuan rumah di depan pada minit keempat, sebelum pemain USM, Muhd. Azizan Mat Arshad melakukan jaringan sendiri minit ke-15 , bagi memberikan tiga mata buat pasukan Sabah.

Di Stadium Darul Makmur, Sarawak mencipta kemenangan kedua musim ini selepas mengecewakan Shahzan Muda 2-1.

Gol Sarawak dijaringkan oleh Mazwandi Zakaria pada minit ke-13 dan Abang Mohd Za Asari Abang Osman menambah gol kedua pada minit ke-37.

Gol sagu hati Shahzan diperolehi menerusi sepakan penalti pada minit ke-68 yang disempurnakan R Tharumarajah.

Sementara itu, skuad Ong Kim Swee Harimau Muda mencatatkan kekalahan kedua, apabila dibelasah 4-1 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kemenangan itu membolehkan PDRM naik ke tangga keenam dengan 12 mata sementara Harimau Muda jatuh ke tangga keempat.

ATM pula naik ke tangga ketiga selepas membelasah Pos Malaysia 4-1 di Stadium Selayang.

MP Muar meraih kemenangan kedua apabila menewaskan Melaka 1-0.

- Utusan Malaysia

Related Posts

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Melaka, Shahzan Muda tersingkir ke Liga FAM

DUA pasukan tercorot Liga Perdana, Melaka dan Shahzan Muda tersingkir dari saingan Liga Perdana musim depan dan bakal beraksi di Liga FAM selepas menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12. Dalam perlawanan terakhir musim 2010 malam ini, Melaka diaibkan Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri, manakala Shahzan Muda dibelasah 1-4 oleh USM FC di Stadium [...]

Sabah kembali ke Liga Super

GOL tunggal Farid Idris pada minit kelima bukan saja memberikan kemenangan berharga buat Sabah untuk mengatasi Pos Malaysia 1-0, malah memastikan pasukan Borneo itu kembali beraksi ke Liga Super bagi musim depan. Kemenangan itu membolehkan Sabah memintas pasukan PKNS FC untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana di belakang Felda United dengan [...]

Felda United Juara Liga Perdana 2010

FELDA United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana 2010 lebih awal ketika saingan tersebut masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Harimau Muda 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, malam ini. Keputusan itu meletakkan Felda United memungut 49 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, PKNS dan Sabah dan tidak mampu lagi digugat oleh [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.