Saturday, 19/08/2017


Fauzi tagih tunggakan 6 bulan gaji dari Melaka

Published on January 8, 2010 by   ·   No Comments

BEKAS penyerang Melaka, Mohd Fauzi Kassim merintih sambil menagih simpati Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) untuk melangsaikan tunggakan gajinya selama enam bulan yang didakwanya belum dijelaskan persatuan terbabit.

Fauzi yang kini mewakili Perak, merayu kepada Mafa demi memastikan masalah peribadinya akibat tunggakan gaji itu dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, dianggarkan kira-kira RM11,000 yang masih berbaki iaitu dari bulan Julai sehingga Disember 2009 belum diterimanya bersama rakan-rakan lain.

Katanya, paling memilukan ketika Aidilfitri lalu, dia dan rakan sepasukan juga tidak menerima tunggakan gaji.

Fauzi tetap bersabar walaupun gagal menjelaskan bayaran kereta dan sewa rumah serta terpaksa meminjam dengan kenalan rapat bagi memastikan kehidupannya bersama anak tidak terjejas.

“Kini saya berasa terbeban apabila dua anak saya memasuki alam persekolahan Isnin lalu, dengan seorang daripada mereka memasuki darjah satu dan adiknya belajar di tadika swasta.

“Saya terpaksa meluahkan masalah saya ini kepada Arena Metro dengan harapan hak saya dapat dikembalikan. Bukan niat untuk memalukan Mafa tetapi untuk memastikan janji pengurusan tertunai,” katanya sayu.

Fauzi berkata, dia akur dengan janji pengurusan Mafa yang menyatakan akan melunaskan baki tunggakan sebelum sepak mula Liga M musim ini, walaupun saingan bermula esok.

Apapun dia mengharapkan janji itu akan menjadi realiti menjelang aksi pertama Perak berdepan Pahang.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News