Wednesday, 28/06/2017


FAM sampaikan hadiah, insentif berjumlah RM5.4 juta

Published on July 21, 2012 by   ·   No Comments

SEBANYAK RM5.44 juta hadiah wang tunai dan insentif diserahkan kepada kepada pasukan yang beraksi di Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM 2012.

Juara Liga Super, Kelantan menerima imbuhan paling tinggi hampir RM1.1 juta, iaitu sebagai juara sebanyak RM750,000 dan insentif RM325,024.

Ia diikuti pemenang tempat ketiga Liga Super, Selangor sebanyak RM578,592 (hadiah wang tunai RM300,000 dan insentif RM278,592) dan juara Liga Perdana, Tentera RM460,000 (hadiah wang tunai RM300,000 dan insentif RM160,728).

Walaupun menjadi Naib Juara Liga Super, wakil Singapura, Lions XII menerima hadiah wang tunai RM450,000 kerana insentif hanya diberikan kepada pasukan tempatan.

Pasukan tercorot Liga Super, Kuala Lumpur turut menerima insentif RM23,216 manakala pasukan tercorot Liga Perdana, MBJB menerima RM13,394.

Hamidin berkata, nilai hadiah wang tunai dan insentif akan kekal untuk musim 2014 seperti diputuskan sebelum ini.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News