Tuesday, 27/06/2017


Di mana rujukan utama peminat bola sepak Malaysia?

Published on April 15, 2010 by   ·   4 Comments
Masih Previu Final Piala FA???.. dah nak start Piala Malaysia pun..

Masih Previu Final Piala FA???.. dah nak start Piala Malaysia pun..

IA adalah perkara yang sering diperkatakan umum khususnya para peminat bola sepak tempatan dan khususnya lagi para penulis laman blog yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tanah air terutama sekali saingan Liga Malaysia atau Liga M.

Sebelum ini sudah jenuh peminat bola sepak termasuk para wartawan media utama dalam negara mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mengendalikan laman web rasminya www.fam.org.my

Tidak dapat dinafikan di zaman kecanggihan teknologi maklumat peranan laman web sesebuah pertubuhan seperti FAM sangat-sangat mustahak di mana ia pastinya menjadi sumber rujukan utama apa-apa perkara atau aktiviti berkaitan bola sepak dalam negara.

Memang ketara agak pelik apabila pasukan negara berjaya menamatkan kemarau emas dalam acara bola sepak Sukan SEA, FAM masih terkial-kial untuk menulis sesuatu laporan yang agak eksklusif dan terkini.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah, bukan esok tapi entah berapa hari berikutnya (entah ada atau tidak) info berkaitan masih jenuh untuk ditatapi di laman web FAM.

Lihat saja apa berlaku selepas sahaja sesuatu perlawanan Liga Super atau Liga Perdana. Berapa lama FAM mengambil masa untuk mengemaskini keputusan perlawanan (Jangan keliru bukan LAPORAN perlawanan tetapi KEPUTUSAN perlawanan).

Itu baru keputusan. Kalau hendak menunggu laporan perlawanan jawabnya entahlah.. Bukan suatu rahsia apabila FAM terpaksa menunggu hari esok untuk menceduk laporan daripada akhbar-akhbar utama.

Bukan salah dan tidak boleh, tetapi bukankah janggal namanya apabila FAM yang terpaksa mengambil laporan daripada pihak lain untuk sesuatu kejohanan anjuran mereka.

Bukankah mereka yang sepatutnya dijadikan rujukan oleh pihak lain termasuk media-media utama. Itu tidak termasuk beberapa kesilapan fakta (bukan tidak boleh silap, tetapi sebuah organisasi seperti FAM ia tidak patut berlaku apatah lagi mengulangi kesilapan yang sama)..

Persoalannya kalau bukan laman web FAM, di mana lagi tempat rujukan utama para peminat bola sepak di Malaysia?




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (4)

  1. hasim setopa says:

    kerja utama FAM ialah menghukum pasuke kelate.. sikit je silap, siappppppp kena denda. padahal kalu takdok pasuke kelate jange harap la kantung FAM nak penuh.. tengok la final piala FA berapa orang je yang nak gi stadium

  2. KICK says:

    fam TERLAH TERLENA .. MASIH LENA DAN AKAN LENA SELAMANYA….

  3. ID says:

    hoh FAM, kaut dwit org jer..bkan “camne pasukan tempatan nk maju!” tapi camne pemain2 tempatan nak maju…

  4. majid says:

    nampak gaya kepimpinan FAM kekal untuk 5 tahun akan datang.. sultan tu masih pimpin FAM.. labu labu…………




Latest News