Wednesday, 28/06/2017


ATM kejutkan Felda, Sabah pintas Harimau Muda

Published on April 17, 2010 by   ·   No Comments

REKOD sembilan perlawanan tanpa kalah milik Felda United berakhir apabila tumpas di tangan ATM 0-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Selayang yang berakhir sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan penyerang V Saravanan untuk mengekalkan posisi di tangga ketiga carta liga.

Manakala Felda United, sekali pun tewas kekal memimpin kedudukan Liga Perdana dengan 25 mata, tiga mata mengatasi pasukan tangga kedua, Selangor PKNS.

Sementara itu di Stadium Likas, Sabah melonjak ke tangga keempat selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pos Malaysia.

Sabah berterima kasih kepada gol tunggal menerusi Bobby Gonzales bagi membolehkan tuan rumah memintas kedudukan Harimau Muda dengan 19 mata.

Harimau Muda yang memungut 17 mata turun ke tangga kelima.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News