FAM gantung Sathianathan enam bulan

October 23rd 2010 | Posted by admin


Berkuatkuasa perlawanan menentang Kedah malam ini

TANPA angin tanpa ribut, kemeriahan saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia hari ini digemparkan dengan hukuman penggantungan selama enam bulan ke atas jurulatih Kelantan, B Sathianathan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut laporan, bekas jurulatih kebangsaan itu dihukum sedemikian rupa gara-gara memberi komen mempertikai keputusan Terengganu dipilih sebagai gelanggang tuan rumah perlawanan Liga Super menentang Perlis selepas gelanggang Stadium Utama Kangar tidak layak untuk dijadi venue perlawanan pada masa itu.

Menurut Sathianathan, adalah tidak wajar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dipilih selaku venue perlawanan kerana ia akan memberi kelebihan kepada pasukan Terengganu.

Sepatutnya kata beliau, perlawanan dilangsungkan di gelanggang berkecuali supaya memberi keadilan kepada pasukan Perlis.

Apa yang menaikkan kemarahan Sathianathan kerana Kelantan dan Terengganu ketika itu bersaing merebut posisi terbaik dalam kedudukan carta Liga Super.

Langkah FAM memutuskan perlawanan dilangsung di Kuala Terengganu ternyata akan memberi advantage kepada pasukan Penyu itu dalam usaha mereka mengejar kedudukan Kelantan pada waktu itu.

Malangnya komen sedemikian rupa dianggap serius oleh FAM dan perlu dijatuhi hukuman berat.

Malang sekali kerana ia dibuat tidak kena masa. Ia seolah-olah memberi gambaran FAM tidak boleh ditegur langsung.

“Lihatlah betapa kebalnya FAM yang tidak boleh dikomen dan dikritik walaupun berdasarkan fakta yang jelas. Isu ini juga boleh dianggap tidak relevan bagi peminat Kelantan menerima hakikat hukuman ini kerana enam bulan satu tempoh yang lama,” menurut kenyataan laman web rasmi KAFA, www.theredwarriors.com

Hukuman dibuat sedikit sebanyak bakal menjejaskan persiapan Kelantan menjelang pertembungan dengan Kedah malam ini bagi saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia.

“Saya sangat sedih kerana tidak dapat bersama pasukan Kelantan malam ini,” demikian reaksi ringkas Sathianathan mengenai penggantungan ke atas dirinya itu.

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Malaysia belasah Maldives 4-0

ANAK buah K Rajagobal meraih kemenangan moral menjelang perlawanan pembuka tirai Sukan Asia bertemu Kazakhstan dengan membelasah pasukan Maldives 4-0, lewat petang tadi. [LIHAT VIDEO] Dalam aksi di Stadium MBPJ itu, pasukan kebangsaan turun tanpa beberapa tonggak utama namun enggan menjadikan itu sebagai alasan utama apabila mempamerkan [...]

Kelantan bolot lima anugerah utama

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM JUARA Piala Malaysia 2010, Kelantan membolot lima anugerah utama pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM yang berlangsung di Petaling Jaya Hilton, tengah hari tadi. Penyerang utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha memenangi dua kategori, Penyerang Terbaik dan [...]

6 Responses to “FAM gantung Sathianathan enam bulan”

commenter

FAM mmg sah dh gle

commenter

Wow, bjet aa FAM.. 6 bulan tuu..
komen je pon.. btol la gak coach Sathia ckp pe.. mna la adil.. hadoiii~

commenter

mmg x puas ati…..FAM gila x bertmpat…mcm ni ker bolasepak malaysia nak maju….

Peminat Kelantan | October 24th, 2010 at 1:20 pm
commenter

Bodos punyer FAM.otak xde.mmg x guna la org atasan FAM.ko dengki ker aper dgn pasukan kelantan.komen sathianathan mmg betul.mane bleh nk bg Fixture Perlis(Home) Vs Terengganu(Away) main kat tempat terengganu walaupun xleh main kat kangar.bodos punyer FAM.BodoH Xleh tegur,Cerdik menyusahkan org.

commenter

memang FAM lah dalang provokasi terhadap penyokong kelantan..yang boleh mencetuskan kemarahan penyokong supaya membuat ketegangan..separuh akhir diuji kelantan menang..ok..tapi bila perlawanan akhir kalah..tak taulah?Siapa dalang disebalik FAM sila siasat SPRM FAM..Ini adalah kerana bila penonton merusuh kelantan didenda beratus ribu..duit tu kemana persoalannya..Minta pulau FAM penyog Kelantan..kita buat banner besar kutuk pengurusan FAM di bukit jalil nanti…

commenter

soker ner sila bawa komen penyokong ke FAM…ingat kantung kelantan byk membantu tabung FAM darti awal musim..tak cukup duit lagi ke..SU FAM harus bertanggungjawab hal ini..minta pulau semua

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.