Thursday, 17/08/2017


Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Published on November 30, 2011 by   ·   No Comments

Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh

NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi.

Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen Liga Super musim lalu itu turut dijulang selaku Penyerang Terbaik mengetepikan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan Safiq Rahim (Selangor) untuk Anugerah Pemain Paling Bernilai.

“Anugerah Supermokh ini merupakan pengiktirafan buat saya kerana Allahyarham Mokhtar Dahari merupakan seorang penyerang paling berharga.

  • Video Norshahrul Idlan Talaha Bintang Pilihan Arena

Anugerah ini akan membakar semangat untuk beraksi lebih konsisten dalam setiap perlawanan,” ujar pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu.

Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) diumumkan sebagai persatuan negeri terbaik sementara Selangor PKNS FC yang muncul sebagai juara Liga Perdana musim ini dinamakan sebagai kelab terbaik.

Wan Zack Haikal Wan Noor mengubati kekecewaannya terlepas menyertai Sukan SEA akibat kecederaan dengan meraih anugerah Pemain Harapan Terbaik.

Anugerah Jurulatih Terbaik dianugerah kepada Irfan Bakti yang menjulang Terengganu sebagai juara Piala FA, naib juara Liga Super dan Piala Malaysia.

Gelaran Pemain Tengah Terbaik menjadi milik Safiq Rahim sementara tonggak Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah muncul Pertahanan Terbaik dan Khairul Fahmi memenangi anugerah Penjaga Gol terbaik buat tahun kedua berturut-turut.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News