Khairy dedah kepincangan FAM

July 19th 2010 | Posted by admin


TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Khairy Jamaluddin yang mengumumkan tidak mempertahan jawatannya pada pemilihan 31 Julai ini, mendedahkan kepincangan badan induk bola sepak Malaysia itu.

Khairy mendakwa FAM gagal membentuk struktur bola sepak yang mantap sehingga kepincangan dalaman menyebabkan ramai penaja menarik balik tajaan masing-masing.

Bercakap kepada pemberita semalam, Khairy mendakwa satu ketika dahulu liga tempatan dikerumuni oleh banyak penaja tetapi kini situasi berubah dengan pihak swasta banyak menaja iklan untuk Piala Dunia dan Liga Perdana Inggeris.

“Kita tidak boleh persalahkan penaja kerana mereka mahu hasil pulangan yang tinggi. Lebih-lebih lagi untuk menarik ribuan penyokong untuk satu-satu perlawanan liga tempatan pun susah,” katanya.

Khairy juga mendakwa bahawa FAM turut gagal menyelaras struktur bola sepak di peringkat akar umbi yang juga menjadi punca badan induk itu gagal menyerapkan pemain serba boleh ke dalam skuad kebangsaan.

Malah beliau juga turut mendakwa FAM tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memperkasakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Lebih daripada 90 peratus peruntukan kewangan dalam FAM dibelanja untuk penganjuran liga tempatan sehingga FAM gagal untuk tunaikan janji memperbaiki struktur bola sepak tanah air,” katanya.

Khairy mendakwa tidak sampai 10 peratus peruntukan kewangan FAM dibelanjakan untuk liga peringkat daerah.

Penglibatan Khairy secara aktif dalam sukan itu bermula pada 2006 apabila beliau bersama rakannya Jason Lo dan Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby menubuhkan pasukan MyTeam, yang kini dikenali UPB-MyTeam FC.

Selepas itu, beliau menjadi pengerusi Liga Super Malaysia Sdn Bhd pada 2007.

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Malaysia belasah Maldives 4-0

ANAK buah K Rajagobal meraih kemenangan moral menjelang perlawanan pembuka tirai Sukan Asia bertemu Kazakhstan dengan membelasah pasukan Maldives 4-0, lewat petang tadi. [LIHAT VIDEO] Dalam aksi di Stadium MBPJ itu, pasukan kebangsaan turun tanpa beberapa tonggak utama namun enggan menjadikan itu sebagai alasan utama apabila mempamerkan [...]

Kelantan bolot lima anugerah utama

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM JUARA Piala Malaysia 2010, Kelantan membolot lima anugerah utama pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM yang berlangsung di Petaling Jaya Hilton, tengah hari tadi. Penyerang utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha memenangi dua kategori, Penyerang Terbaik dan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.