Kelantan bolot lima anugerah utama

November 2nd 2010 | Posted by admin


Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

JUARA Piala Malaysia 2010, Kelantan membolot lima anugerah utama pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM yang berlangsung di Petaling Jaya Hilton, tengah hari tadi.

Penyerang utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha memenangi dua kategori, Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut menang dua kategori, Penjaga Gol Terbaik serta Pemain Muda Terbaik.

Melengkapkan musim gemilang buat pasukan Kelantan apabila jurulatihnya, B Sathianathan diumumkan sebagai Jurulatih Terbaik selepas membimbing The Red Warriors muncul naib juara Liga Super di samping menjuarai Piala Malaysia pada Sabtu lepas.

Pada anugerah sama tahun lalu, Anugerah Pemain Paling Bernilai juga dimenangi pemain pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.

Kategori lain menyaksikan bek pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak memenangi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dan Baddrol Bakhtiar (Kedah – Pemain Tengah Terbaik).

Juara Liga Super, Selangor pula meraih anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik (FA) sementara Johor FC menang kategori Kelab Bola Sepak Terbaik.

Bagi anugerah Kelab Penyokong Terbaik pula dimenangi Kelab Penyokong Pasukan Kedah.

LIHAT SENARAI PENUH PEMENANG (KLIK)

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Malaysia belasah Maldives 4-0

ANAK buah K Rajagobal meraih kemenangan moral menjelang perlawanan pembuka tirai Sukan Asia bertemu Kazakhstan dengan membelasah pasukan Maldives 4-0, lewat petang tadi. [LIHAT VIDEO] Dalam aksi di Stadium MBPJ itu, pasukan kebangsaan turun tanpa beberapa tonggak utama namun enggan menjadikan itu sebagai alasan utama apabila mempamerkan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.