Lee Chong Wei juara Terbuka Malaysia 2010

January 24th 2010 | Posted by admin


PEMAIN badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei muncul juara Siri Super Terbuka Malaysia untuk kali keenam selepas mengalahkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 pada perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil sebentar tadi.

Sebagai rekod, kejayaan terbaru Chong Wei itu adalah gelaran buat tahun ketiga berturut-turut dalam kejohanan Terbuka Malaysia selepas muncul juara pada 2008 dan 2009 lalu.

Ia juga adalah gelaran kedua berturut-turut buat jaguh badminton Malaysia dalam Siri Super selepas menjuarai Terbuka Korea, minggu lepas.

Sebelum ini Chong Wei tidak pernah berjaya menjuarai dua gelaran berturut-turut sepanjang kariernya.

Selain itu ia juga adalah kali kedua Chong Wei berjaya menjuarai Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut selepas melakukannya pada 2004-2006.

Satu lagi wakil Malaysia, pasangan beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang turut mara ke perlawanan akhir akan bertemu pasangan China, Guo Zhendong-Xu Chen dalam aksi lewat petang ini.

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.