Khairul Fahmi calon pilihan

November 1st 2010 | Posted by admin


Calon Pemain Terbaik 100PlusSEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.

Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.

Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.

“Selepas kami ketinggalan menerusi sepakan penalti, ia membuatkan kami semakin bersemangat untuk bangkit memenangi perlawanan. Ia jelas kelihatan apabila kami berjaya menguasai permainan selepas itu.

“Ia pengalaman pertama buat saya beraksi di pentas final. Suasana cukup gamat di hadapan puluhan ribu penonton. Dibolosi awal membuatkan saya bertekad untuk terus bekerja keras menga- wal pintu gol.

“Bila dicalonkan untuk anugerah ini pula, ia sesuatu yang bagus buat diri saya dan seorang lagi calon iaitu Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah).

“Saya cukup gembira kerana berpeluang beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim ini,” kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.

Biarpun masih baru dalam skuad kebangsaan, Khairul yang memasang impian untuk beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich suatu hari nanti kini sedang memburu tempat berada dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung awal Disember depan.

Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Badhri Radzi telah dipilih sebagai pemenang anugerah 100PLUS Outdo Yourself malam kelmarin selepas dia menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan tersebut.

Bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih sebagai pemenang pada majlis anugerah yang akan berlangsung esok, panel pemilihan kali ini terdiri daripada para jurulatih, ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KOSMO

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi. Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku [...]

Syed Adney sedia galas harapan

PENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu. Menurutnya, peluang yang [...]

One Response to “Khairul Fahmi calon pilihan”

[...] Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). sumber Meh kiter layan oldskool pulak rancangan TV antarbangsa yg mrumtum jiwa stim woo [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.