Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia
Annuar mohon kerajaan negeri pertimbang cuti 31 Okt
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan negeri wajar mempertimbangkan untuk memberi cuti peristiwa sehari sebagai menghargai kemaraan pasukan bola sepak negeri itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pada 30 Oktober ini. Menurut Annuar cuti wajar diberi memandangkan secara tradisinya puluhan ribu [...]FAM tangguh penggantungan Sathianathan
Jawatankuasa Rayuan FAM terima rayuan bertulis Sathianathan KEM pasukan Kelantan menerima khabar gembira menjelang aksi final Piala Malaysia 2010 Sabtu ini apabila Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang ini membuat keputusan menerima rayuan B Sathianathan bagi menangguhkan hukuman penggantungan selama enam [...]
Tiket final Piala Malaysia RM30, RM50
Harga tiket biasa RM30, tempat duduk utama RM50 PERTEMUAN final Piala Malaysia 2010 antara dua finalis musim lalu, Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 Oktober ini menyaksikan harga tiket dinaikkan RM10 daripada harga biasa RM20. Kenaikan itu menjadikan harga tiket perlawanan akhir berkenaan ialah sebanyak [...]
Gantung jurulatih: Peminat sifatkan FAM zalim
Keputusan FAM gantung Sathianathan enam bulan tak masuk akal "FAM zalim. Ini adalah salah satu cara membunuh masa depan bola sepak Kelantan." Demikian pendirian sebahagian besar peminat pasukan bola sepak Kelantan yang menyifatkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung B Sathianathan selama enam bulan sebagai agak [...]
Imbuhan menanti pemain N.Sembilan
BARU sehari selepas mengesahkan tempat ke final Piala Malaysia, skuad Negeri Sembilan terus mendapat khabar gembira. Mereka dijanjikan habuan sekiranya berjaya menjulang piala berprestij itu buat kali kedua berturut-turut. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan [...]
Kelantan berhak ke final
“KAMI berhak beraksi di final.” Demikian ujar ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang puas dengan aksi barisan pemainnya ketika menewaskan Kedah 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin. Beliau yang hanya melihat aksi anak-anak buahnya dari bangku penonton [...]
KAFA akur penggantungan Sathianathan
KELANTAN yang akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil, 30 Oktober ini tidak rela isu penggantungan ketua jurulatihnya, B Sathianathan, merencatkan semangat pemain untuk meraih kejuaraan merebut piala berprestij itu. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata inilah [...]Penyokong rayu FAM tangguh hukuman ke atas Sathia
Timbang perhimpunan aman di Wisma FAM jika rayuan ditolak KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan merayu agar Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguh hukuman gantung dan denda terhadap Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sehingga tamat perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri [...]
FULL Video: Kelantan 1-0 Kedah
Rakaman Video Perlawanan Separuh Akhir #2 Piala Malaysia: Kelantan vs Kedah, Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu pada 23 Oktober 2010. VIDEO Part 1 VIDEO Part 2 VIDEO Part 3 VIDEO Part 4 VIDEO Part 5 VIDEO Part 6 VIDEO Part 7 VIDEO Part 8 VIDEO Part 9 VIDEO Part 10 VIDEO [...]
Norshahrul wira Red Warriors
KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]
Negeri Sembilan kotakan janji
PENYANDANG juara Negeri Sembilan bangkit untuk memastikan pentas final buat musim kedua berturut-turut selepas barisan Wan Jamak Wan Hassan menewaskan Johor FC 2-0 untuk layak dengan agregat 2-1 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi. Kejayaan itu bermakna Negeri Sembilan bakal bertemu Kelantan, mengulangi [...]
Kejayaan Kelantan ubati luka Sathia
Kekecewaan jurulatih digantung enam bulan berbayar KEKECEWAAN kehilangan jurulatih, B Sathianathan akibat penggantungan enam bulan, terubat dengan jaringan terus dari sepakan sudut Norshahrul Idlan Talaha membawa Kelantan ke final Piala Malaysia kedua berturut-turut menerusi kejayaan 1-0 ke atas Kedah di separuh akhir kedua di Stadium Sutan [...]Kelantan, Negeri Sembilan ulangi FINAL 2009
BAGAIKAN ulangan perlawanan akhir tahun lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi bertemu pada pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil, 30 Oktober ini. Jaringan tunggal daripada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79 ekoran kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza [...]
Gol kemenangan Kelantan ke Final Piala Malaysia 2010
Kelantan menewaskan Kedah 1-0 hasil jaringan tunggal Norshahrul Idlan Talaha minit ke-79 pada aksi separuh kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu malam ini. Gol Kemenangan Kelantan 1-0 [...]
Kelantan, Negeri Sembilan mara ke final
DUA finalis Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan dan Kelantan akan sekali lagi membuat perhitungan di pentas final apabila kedua-dua pasukan berkenaan berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua malam ini. Juara bertahan, Negeri Sembilan mara selepas menewaskan tuan rumah, Johor FC 2-0 di Pasir Gudang untuk mara [...]
FAM gantung Sathianathan enam bulan
Berkuatkuasa perlawanan menentang Kedah malam ini TANPA angin tanpa ribut, kemeriahan saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia hari ini digemparkan dengan hukuman penggantungan selama enam bulan ke atas jurulatih Kelantan, B Sathianathan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menurut laporan, bekas jurulatih kebangsaan itu dihukum [...]
Detik penentu empat pasukan
ANDAI berpandu kepada kesudahan suku akhir pertama Piala Malaysia Rabu lalu, gambaran final Piala Malaysia musim ini terarah kepada Johor FC dan Kelantan untuk memenuhi temu janji final, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Oktober ini. Johor FC mengatasi Negeri Sembilan 1-0 di gelanggang juara bertahan itu manakala Kelantan berjaya [...]
Kelantan, Kedah sama-sama yakin
KEDAH yakin mampu mencapai kemenangan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di tempat lawan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, Kota Baharu malam ini walaupun skuad The Red Warriors dilihat memiliki kelebihan sebagai tuan rumah. Jurulatih Kedah, Ahmad Yusuf berkata berdasarkan rekod perlawanan Kedah menentang [...]
Negeri Sembilan yakin mampu bangkit
NEGERI Sembilan akui tugas sukar menanti mereka pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila bertemu Johor FC di Stadium JCORP, Pasir Gudang malam ini. Namun jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau masih menaruh kepercayaan kepada pemainnya untuk melangkah ke final dan seterusnya mempertahankan kejuaraan. "Kita [...]
Kelantan vs Kedah LIVE di Astro Arena
SAKSIKAN perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2010 antara FINALIS musim lalu, Kelantan yang menghadapi tentangan juara 2007 dan 2008, Kedah. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu ini dapat ditonton secara langsung di Astro Arena bermula jam 8.30 malam ini. [...]
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.








