Wednesday, 28/06/2017


Liga Malaysia

Berita LIGA M | PIALA MALAYSIA :: Portal khusus memaparkan perkembangan Liga Malaysia serta kejohanan berkaitan yang dianjur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Piala Malaysia, Piala FA di samping Liga Perdana dan Liga Super. Portal ini turut memaparkan perkembangan bola sepak Malaysia secara khusus.

Liga Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak di Malaysia dan ia juga selalunya diringkaskan sebagai Liga M. Penganjuran Liga Malaysia atau Liga M dikelolakan oleh FAM.

Perkembangan bola sepak di Malaysia telah bermula seawal tahun 1921 dengan berlangsungnya Piala Malaya (iaitu nama asal bagi Piala Malaysia).

Ketika ini Liga M merangkumi kejohanan yang berbentuk liga dan piala. Semenjak pertama kali diadakan iaitu 1921 hingga 1988 kejohanan bola sepak di Malaysia dijalankan secara amatur.

Pada tahun 1989 Liga Malaysia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik setelah diperkenalkan liga bertaraf separuh profesional. Mulai musim 1993 Liga Malaysia telah memasuki era profesional sepenuhnya sehingga sekarang.

Kejohanan Piala Malaysia pula merupakan satu kejohanan yang berprestij di Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh FAM dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak di negara ini.

Piala Malaysia yang bermula pada 1921 dengan nama Piala Malaya merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air. Bahkan kini telah muncul pasukan bola sepak bertaraf kelab yang mampu menyaingi pasukan negeri yang lebih berpengalaman.

Pada 2003, kejohanan Piala Malaysia mencatat sejarah apabila pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya atau Selangor MPPJ muncul pasukan kelab pertama menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah 3-0 dalam aksi final di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada musim lalu (2009), Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun untuk memenangi Piala Malaysia setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Dalam perlawanan akhir yang penuh dengan aksi ‘hangat’ penonton di luar padang, Negeri Sembilan menghancurkan impian pasukan Kelantan yang diberi jolokan ‘The Red Warriors‘ selepas menang 3-1 ke atas lawan dari Pantai Timur itu.

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

Info Terkni