Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia
Archive for April, 2010

Pesta gol warnai aksi minggu ke-12
SEMBILAN belas (19) gol dicatat dalam enam aksi Liga Super malam tadi dengan Terengganu menunjuk belang sekali lagi apabila membenam Perlis empat gol tanpa balas. Selangor turut tidak terkecuali menyertai dua lagi pasukan teratas Liga Super, Kelantan dan Johor FC yang kesemuanya meledak tiga gol ke atas kubu lawan masing-masing. Safee Sali [...]
Selangor dihimpit gelora Pantai Timur
GELORA Pantai Timur menghambat Selangor dengan Terengganu dan Kelantan masing-masing meraih kemenangan untuk terus menekan pendahulu liga itu dalam saingan Liga Super, malam tadi. Jika Irfan Bakti Abu Salim mengharapkan pasukan adik, T-Team untuk membantu mereka, hasratnya tidak kesampaian apabila Selangor tidak menghadapi masalah untuk meraih [...]
Selangor kekal penguasaan
SELANGOR mengukuhkan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila menewaskan T-Team 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi. Dua gol Selangor dijaring oleh penyerangnya, Mohd Safee Sali pada minit ke-43 dan 51 setelah Mohd Bunyamin Omar meledak gol pembukaan untuk tuan rumah pada minit ke-34. Skuad bimbingan [...]
Pahang 2-1 Kedah
NAIB juara Piala FA awal bulan ini, Kedah terus mempamerkan aksi tidak konsisten apabila tewas 2-1 kepada Pahang di Stadium Darulmakmur di Kuantan walaupun membuka jaringan awal melalui Baddrol Bakhtiar pada minit ke-12. Anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof gagal bertahan apabila Azamuddin Mohd Akil menyamakan kedudukan pada minit ke-49 dan [...]
Terengganu 4-0 Perlis
TERENGGANU terus mengekori rapat pendahulu Liga Super selepas menang besar 4-0 ke atas Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Joseph Kallang Tie, Manaf Mamat dan Mohd Ashaari Shamsuddin berjaya mencatat nama selaku penjaring gol skuad Penyu. Terengganu kekal di tangga kedua dengan 26 mata, satu mata mengatasi Kelantan [...]
Selangor 3-0 T-Team
SELANGOR terus kukuh di tangga teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas T-Team di Stadium Shah Alam, malam ini. Selangor membuka tirai jaringan menerusi Mohd Bunyamin Omar pada minit ke-36 sebelum Mohd Safee Sali menambah gol kedua sejurus sebelum tamat babak pertama. Safee Sali menjaringkan gol ketiga Selangor dan kedua [...]
KL Plus 0-3 Kelantan
KELANTAN terus mengekori rapat dua pasukan teratas, Selangor dan Terengganu selepas menang selesa 3-0 ke atas tuan rumah, KL Plus dalam aksi Liga Super malam ini. Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 itu menyaksikan skuad Red Warriors berpeluang menjaringkan lebih banyak gol jika barisan penyerang terutama Akmal Rizal Ahmad [...]
KL Plus vs Kelantan Live di RTM
PEMINAT KL Plus dan Kelantan berpeluang menonton perlawanan Liga Super dari Stadium MBPJ secara langsung menerusi RTM 1 bermula jam 8.30 malam ini. Kepada peminat kedua-dua pasukan khasnya dan peminat bola sepak tempatan amnya, pihak Berita Liga M mengucapkan selamat berhari minggu dengan menonton perlawanan malam ini. Kepada peminat negeri [...]
Perlis mampu robek gawang Terengganu
Terengganu Ujian sebenar Singa Utara SELEPAS mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih Perlis, skuad Singa Utara itu telah memenangi dua perlawanan berturut-turut, namun malam ini ujian sebenar menanti pasukan bimbingan Yunus Alif apabila berdepan Terengganu malam ini. Dalam dua perlawanan terdahulu Perlis menewaskan KL Plus 2-1 di tempat [...]
Pahang resah menanti Kedah
KECEDERAAN dua tonggak Pahang terus menghantui skuad Tok Gajah apabila bertemu Kedah pada saingan Liga Super, malam ini. Sehingga kelmarin, dua tonggak terbabit, Azamuddin Mohd. Akil dan Mohd. Fazli Baharuddin masih dibelenggu kecederaan dan belum pulih sepenuhnya. Ketiadaan kedua-dua pemain tersebut juga dikenal pasti antara punca kekalahan [...]
KL Plus sukar diramal, Kelantan hati-hati
MENJELANG pertemuan menentang Kelantan malam ini, jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris cuba merendah diri dengan menganggap skuad Red Warriors sebagai lawan yang sukar ditundukkan. Kelantan juga kata Mat Zan dijangka bakal mempunyai kelebihan dari segi sokongan peminat-peminat setianya yang sudah tentu bakal membanjiri Stadium Majlis Bandaraya [...]
Felda selesa, Sabah lonjak tangga kedua
FELDA United mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu saingan Liga Perdana apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Majlis Perbandaran Muar di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi. Mengekori mereka adalah Sabah yang melonjak ke tangga kedua daripada tangga keempat, selepas menewaskan Polis 3-1 di Stadium Likas, hasil dua gol Razlan [...]
NS amuk Pulau Pinang 4-0
NEGERI Sembilan bangkit daripada igauan kalah dua perlawanan berturut-turut dengan membelasah Pulau Pinang 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini, semalam. Empat jaringan skuad Rusa hadir menerusi Idris Karim pada minit ke-65, Mohd. Zaquan Adha meledak dua gol masing-masing pada minit ke-71 dan [...]
Kerajaan Kelantan mansuh hutang lapuk KAFA
KERAJAAN Negeri Kelantan mengambil keputusan melupuskan tunggakan hutang cukai hiburan dipungut melalui jualan tiket perlawanan bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjumlah lebih RM198,000 sejak 2003. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata keputusan itu dibuat pada [...]
Yunus tak jangka Perlis menang besar
KETUA jurulatih Perlis, Yunus Alif mengakui sedikit terkejut dengan kejayaan anak buahnya mencatat kemenangan dengan jaringan besar 4-0 ke atas Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Utama Negeri Kangar, kelmarin. Bekas pemain skuad Olimpik negara itu berkata, kemenangan dengan jaringan selesa itu memang tidak dijangka sama sekali biarpun [...]
Wan Jamak risau prestasi anak buah
KESERONOKAN menjuarai Piala FA musim ini dilihat punca menjejaskan tumpuan Negeri Sembilan dalam saingan bola sepak Liga Super. Hakikat ini diakui oleh jurulatih pasukan rusa itu, Wan Jamak Wan Hassan yang tidak menolak kemungkinan anak-anak buahnya masih dibuai keseronokan kemenangan mereka, baru-baru ini. Beliau mengulas kekalahan Negeri [...]
Dua finalis Piala FA tumbang
DUA finalis Piala FA, Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing tewas dalam aksi Liga Super di Alor Setar dan Ipoh malam tadi. Di STADIUM IPOH, Perak menambah duka buat Negeri Sembilan apabila menewaskan juara Piala FA itu 2-1, hanya tiga hari selepas skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu dijinakkan barisan Red Warriors 3-1 di Paroi. Turun [...]
4 gol benam Johor lonjak nama Ashaari Shamsuddin
PERSAINGAN sengit kedudukan Liga Super ketika ini berterusan ke gelanggang apabila barisan penggempur terbaik turut bersaing hebat untuk dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Super. Jika tiga pasukan, Selangor, Terengganu dan Kelantan dipisahkan hanya beberapa mata daripada kedudukan dalam carta liga, begitu juga barisan penyerang tiga [...]
N.Sembilan tewas lagi
JUARA Piala FA 2010, Negeri Sembilan terus dirundung malang apabila menerima kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh seminggu, kali ini dibenam Perak 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, semalam. Safuan Adli Shaari menjulang semula tuan rumah dalam saingan liga musim ini, apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-10 dan [...]
Terengganu menang bergaya, rampas tangga kedua
TERENGGANU bangkit daripada kekalahan kepada Johor FC Sabtu lalu dengan membelasah pasukan 'abang', Johor 6-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi. Kejayaan Terengganu sedikit terubat apabila Johor FC sebaliknya tewas 0-1 kepada satu lagi pasukan negeri itu, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin [...]
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.








