Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia
Archive for January, 2010

Forum Sokernet.com diaktifkan
Assalamualaikum wbt.. Pihak admin Sokernet.com dan jaringannya ingin memaklumkan kepada semua pengunjung portal ini berkenaan dengan kewujudan Forum Sokernet.com dan ia telah pun diaktifkan. Forum ini boleh dilayari di alamat berikut: http://sokernet.com/forum Sehubungan itu pihak admin menjemput semua pengunjung portal ini khasnya para [...]
Terengganu terus beri tekanan kepada Selangor
TERENGGANU terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, dalam aksi Liga Super malam ini. Selangor yang sekadar seri 1-1 dengan Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar kini hanya mendahului dengan kelebihan dua mata ke [...]
Selangor gagal jinakkan Singa Utara
PENDAHULU Liga Super, Selangor sekadar membawa pulang satu mata selepas diikat 1-1 oleh Perlis dalam aksi di Stadium Utama, Kangar malam ini. Selangor gagal mengulangi persembahan ketika membaham Johor 6-0 di Shah Alam, Selasa lalu, sebaliknya hampir-hampir berputih mata jika tidak kerana jaringan Safiq Rahim empat minit sebelum babak pertama [...]
Kedah catat kemenangan pertama di gelanggang sendiri
Azlan Ismail menjaringkan dua gol untuk membantu Kedah menamatkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang sendiri dengan menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Darulaman malam ini. Faizal Abu Bakar membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 sebelum Azlan menambah gol kedua lapan minit kemudian. Berakhir babak pertama Kedah mendahului pasukan [...]
Hatrik Norshahrul bantu Kelantan bangkit benam Pulau Pinang
KELANTAN kembali bangkit daripada aksi mengecewakan ketika seri tanpa jaringan dengan Perak, Selasa lalu dengan membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini. Bagaimanapun peminat tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal V Jaganathan untuk Pulau Pinang mendahului 1-0 pada minit ke-13 sebelum [...]
Kelantan, Kedah cemerlang, Selangor seri
JARINGAN hatrik Norshahrul Idlan Talaha membantu Kelantan bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini. Di Stadium Darulaman pula, Dua jaringan Azlan Ismail membantu Kedah mencatat kemenangan pertama di gelanggang sendiri selepas menundukkan T-Team 3-1, sekali [...]
Dollah kecewa Pahang gagal kutip 3 mata
JURULATIH Pahang, Dollah Salleh tetap menyuarakan rasa kecewa di sebalik keputusan seri 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan, malam kelmarin. “Saya sudah mengarahkan mereka supaya tidak mengamalkan permainan bertahan terutama separuh masa kedua tetapi mereka tidak mahu mendengar,” katanya. Dollah [...]
Marzuki puas Singa Utara mampu ditumbangkan
KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah jurulatih skuad T-Team, Che Ku Marzuki Mohd Nor apabila anak buahnya berhasil mengutip mata penuh berbekal kemenangan 1-0 ke atas Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, kelmarin. Tetapi keadaan sebaliknya tergambar pada jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha kerana anak buahnya [...]
Barisan depan N.Sembilan masih tumpul
JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam semalam sebagai detik kebangkitan skuad bimbingannya selepas aksi kurang memberangsangkan dalam tiga perlawanan awal. Begitupun, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang [...]
Devan lega kebangkitan Selangor
SELEPAS mengharungi enam perlawanan, langkah Selangor seakan-akan terumbang-ambing seketika apabila tewas kepada Terengganu, minggu lalu - sekali gus memadamkan rekod tanpa kalah mereka dalam kancah Liga Super, musim ini. Namun, menurut jurulatih Selangor K Devan, apa yang dikecapi Selangor ketika ini masih pada tahap yang boleh dibanggakan [...]
Kedah terus gah di gelanggang lawan
KECEMERLANGAN pasukan Kedah di gelanggang lawan berterusan apabila menang bergaya 3-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan dalam aksi Liga Super malam tadi. Ia adalah kemenangan ketiga berturut buat pasukan Kenari di gelanggang lawan sejak aksi pembukaan Liga Super 9 Januari lalu. Anehnya Kedah belum mencatat walau satu [...]
Johor mangsa amukan Red Giants
SELANGOR bingkas melupakan kekalahan sulung di tangan Terengganu Sabtu lepas apabila bangkit membelasah Johor 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kekalahan memalukan kepada skuad Penyu itu nyata membakar semangat anak buah K Devan itu untuk tidak menaruh simpati kepada pasukan pelawat yang masih belum mencatat walau satu [...]
Kelantan gagal jinakkan Seladang
KELANTAN terus kempunan untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang lawan apabila terikat tanpa jaringan dengan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Ipoh. Ia adalah keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan B Sathianathan ketika beraksi di luar Kelantan. Dalam aksi pembukaan awal musim, Kelantan seri tanpa [...]
N.Sembilan sekat impian Terengganu
HARAPAN Terengganu untuk terus memberi saingan kepada pendahulu, Selangor tersekat apabila tewas 1-2 menerusi jaringan masa kecederaan kepada Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. Terengganu berada di landasan tepat untuk terus bersaing dengan Selangor apabila mendahului tuan rumah seawal minit [...]
Terengganu tewas, Selangor kembali lebar jurang
EMPAT hari selepas rekod tanpa kalah dilebur Terengganu, Selangor kembali mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam, malam ini. Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Safee Sali masing-masing menjaringkan dua gol buat Selangor. Mohd Razman Roslan dan Safiq Rahim turut mencatat nama selaku [...]
Kijang sedia amuk Seladang
KETUA Pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin memberitahu bahawa moral rakan sepasukannya kembali pulih menjelang pertemuan dengan Perak, malam ini. Indra berkata, rakan-rakannya kini bersedia menggempur kubu Perak dan berharap agar pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu. "Kami akan cuba mengekalkan rentak [...]
Rusa mahu rantai pergerakan Ashaari, Manaf
PEMAIN skuad Rusa diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam usaha mencipta kemenangan menentang skuad Penyu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Malah, jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan turut berpesan kepada anak-anak buahnya agar tidak terlalu selesa dengan faktor bermain di gelanggang sendiri sebagai satu kelebihan. Katanya, [...]
Surendren, Ashaari hangatkan perseteruan Selangor-Terengganu
DUA pasukan teratas Liga Super, Selangor dan Terengganu bukan sahaja bertarung merebut posisi terbaik di kedudukan carta liga malah senarai penjaring terbanyak turut dikuasai penyerang dari dua pasukan berkenaan. R Surendren (Selangor) dan Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu) masing-masing sudah menjaringkan lima gol untuk mengetuai peledak [...]
Kelantan pamer prestasi sebenar – Annuar Musa
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, kejayaan pasukan Red Warriors menewaskan Johor FC 4-1 kelmarin menunjukkan bahawa pemain Kelantan menunjukkan prestasi sebenar mereka selepas beraksi sederhana dalam beberapa perlawanan lalu. “Selepas apa yang berlaku pada perlawanan lalu, Kelantan kembali dalam [...]
Jentera Singa Utara kurang menyengat
BIARPUN aksi penyudah penyerangnya masih `kurang tajam', namun aksi bersemangat ditunjukkan tetap mengundang rasa puas hati jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adzha Yusof ketika mereka mengukir kejayaan menewaskan Pulau Pinang pada kempen Liga Super di Kangar malam semalam. Memang diakui jentera serangan yang dipikul barisan muda ini masih kurang [...]
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.








